Allahuakbar !
Imam pun mengangkat takbirnya. Aku terdengar dari luar ketika sedang mengambil wudhuk. Selepas mengambil wudhuk, aku pun terus masuk ke dalam saf. Solat punya solat, dah sampai rakaat ke dua. Lepas tu, ramai pulak datang untuk solat.
Yang datang tu, kena la gantikan rakaat. dah habis jew solat, tiba-tiba seorang budak yang datang kemudian, habis solat sama-sama dengan makmum. Aku pun pelik jugak. 'Budak ni tak gantikan rakaat dia ke ?'.
Lepas habis baca doa, budak tu pun terus pergi. Selepas itu, aku pun pergi mencari kasut di luar surau. Aku terjumpa budak tu . Tapi aku malas nak tegur dulu. Kedengaran kawan-kawan dia bertanya. 'Kau tak gantikan solat tadi ke?'. Budak tu pun jawab, 'Ehh ?! Kena ganti ka ? Bukan x payah ke?'.
Aku pun lagi berasa hairan.
Lantas aku menegur budak tersebut. 'Kau tertinggal berapa rakaat?'. 'Dua.' . 'Jadi, kau kena ganti lah'. 'Kena ganti ? Yeke ? Bukan gantikan tu sunat ke ?' . 'Eh ? Benda tu wajib lahh!. Budak tu, tetap menafikanya walaupun ramai yang menyokong pendapat aku.
Jadi, tanpa membuang masa, aku terus bertanya kepada seorang abang yang ilmunya lebih tinggi daripada aku. 'Bang ! Gantikan solat, wajib ke ? '. Abang tu pun jawab. 'Nabi cakap, kita jangan tergesa-gesa hendak mengejar imam tu. kalau tak sempat, kita kena ganti'. Jadi, aku pun memberitahu budak tu.
brlaku dmana?
ReplyDelete